Saturday, April 17, 2021

Ramadhan - 5

 Assalamualaikum dan hi semua,


Bila puasa ni. Macam macam yang teringin. Masa sahur tetiba teringin makan megi goreng. Hahahhahhahah 

Nasib senang buatnya. Kembangkan mi. Toskan mi. Pastu gaulkan semua bahan-bahan dalam peket megi tu. Maka, jadilah megi goreng kriuk kriuk Hehehehehehehe


Sis buat sambal telur hancuss jer tuk tambah lauk sahur. Sebab lauk buka semalam masih ada. Hanya tinggal perangat jer nanti.


Bila buka, Sis buka kat umah Mak mentua, adik ipar buat nasi ayam. Sedap nasi ayam dia. Rasa cam kat kedai. Husband adik ipar siap hirup sup nasi ayam 😁


Selamat berbuka puasa u allzzz 😀

Friday, April 16, 2021

Ramadhan - 4

Assalamualaikum dan hi semua,


Hari ni Sis teringin makan kuetiau goreng. Maka, sahur Sis bangun kul 4.30am goreng kuetiau. Rencah Sis letak setengah labu bawang merah, cili blender, isi ayam dan telur 1 biji. 



Bila waktu buka, tekak Sis teringin makan ikan goreng. Maka, Sis kuarkan ikan kembong dari petiais. Pastu Sis gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam halus.



Bila dah ada ikan goreng, kawan dia masak lemak putih petola lah. Masak lemak ni Sis letak petola, bayam brazil, soun dan kulit tauhu.

Masak lemak putih ni dia kena ada rasa manis manis skit. Sis letak bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Memula letak air putih jer dulu. Bila dah mendidih, masukkan santan kotak. Dah mendidih masukkan semua sayur-sayuran yang nak di letak dalam masak lemak.

Last, sebelum nak tutup air, baru letak soun dan kulit tauhu. Soun jangan letak banyak sebab nanti soun ni serap air. Nanti kuah masak lemak jadi skit jer nnt.


Nasi semalam adalah dalam 3 sudu besar makan. Sis buatlah lempeng nasi. Senang jer buat lempeng nasi ni. Bahan-bahannya nasi, tepung gandum, air dan garam. Blend kan sampai jadi sebati. Pastu biarkan dalam 15 minit.

Apa apa yang berasaskan tepung, sebaiknya biarkan dalam 15 minit paling minimum. Supaya adunan akan kembang skit.


Anak Sis asyik minta buat Cheesekut. Maka lepas blend lempeng, Sis blen adunan cheesekut. 
Senang jer buat Cheesekut ni. Bahan-bahan, biskut ping pong, cream cheese, setengah tin susu pekat, 2 sudu besar susu full cream dan 1 sudu teh esen vanilla.



Selamat berbuka puasa u allzzz 😁


Thursday, April 15, 2021

Ramadhan - 3

 Assalamualaikum dan hi semua,


Pagi tadi dalam kul 4.30am Sis dah start memasak. Sis buat nasi goreng biasa jer. Pastu Sis kawan kan dengan Drumnet dari Ayamas dan telur mata.

Bila sahur ni kadang takde selera nak makan bersungguh-sungguh sebab pagi subuh se pie.. bangun jer terus makan.. mmg takde selera sangat nak makan.. hehehhehhe


Nasi goreng letak bwg merah, isi ayam, telur dan sambal ikan bilis


Masa buka, Sis cuba masak Ayam My Sore. Kawan Sis yang bagi resepi. Simple jer resepinya.

Bahan-bahan

1.Ayam dah potong seperti yg u all nak, Sis beli 2 pcs ayam dada dlm RM 3.74 sbb ayam wing dan drumstick dah habis kat WellMart.

2.Rempah kari ayam (jenama rempah ikut citarasa memasing, kawan Sis guna Baba's)

3.Bawang Holland (ikut kesukaan pada bawang, Sis guna 1 labu)

4.Cili hijau - 4 batang

5.Daun ketumbar 


Bahan-bahan Ayam My Sore


Perapan ayam

Potong bahan - bahan di atas kasar kasar. kemudian letak sedikit air supaya nak sekatakan bahan perapan. Biarkan dalam 30 minit supaya ayam dapat serap bahan-bahan perapan.


Cara perapan ayam My Sore

Potong kasar kasar bahan perapan


Cara masak

1.Panaskan minyak. Masukkan ayam yg dah diperap. Tumis ayam hingga separuh masak jer

2.Masukkan air secukupnya. Jangan cair sangat atau terlampau pekat.

3.Masukkan garam dan gula sedikit

4.Kalau nak tambah kentang masukkan masa tambah air

5.Masak hingga kentang empuk


Kejadian Ayam My Sore 


Selamat mencuba u allzzz 😁


Wednesday, April 14, 2021

Ramadhan - 2

 Assalamualaikum dan hi semua,


Arini Sis buat gulai atau orang biasa panggil masak lemak udang. Gulai ni Sis letak skali daun pegaga dan cendawan tiram.

Sis hanya guna bwg merah dah halia yg didadu sebab Sis tak cukup masa nak lumatkan guna lesung.

Sis letak 1 sudu kfc serbuk kunyit dan daun kunyit.

Sis rasa masak gulai ni paling senang sbb takyah nak pecah minyak bagai. Cara masaknya cam nak buat sup. Mudahhhh

Selamat berbuka puasa u allzzz..... 😀











Tuesday, April 13, 2021

Ramadhan - 1

 Assalamualaikum dan hi semua,


Rezeki betul arini.

Bru jer nak kuarkan ikan nak masak tuk berbuka. Tetiba my angah wasap nak hantar ayam mandy.

Punya banyak nasi dia bagi, mcm ode grab portionnya 😁

Semoga murah rezeki dan panjang umur.

Oklah esok jer lah kuarkn ikan tuk masak

😁 🤗😘

Banyak betul portion ayam mandy

Buat air sirap tuk berbuka

Monday, April 12, 2021

Lauk sebelum ramadhan

 Assalamualaikum n hi semua, 


Selamat menyambut Ramadhan yg mulia.

Sis doakan semoga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yg terbaik buat semua.


Sis kalau tak tahu nak masak apa apa, mesti Sis akan masak sotong goreng kunyit. Sebab senang n kejap jer masaknya.

Rumah Sis banyak bayam brazil, maka Sis hadiah kat jiran tetangga jer dari buang. Semoga jiran Sis dapat manfaat makan bayam brazil yang khasiatnya sama cam bayam biasa. Boleh tambah darah.

Telur dadar letak daun bawang

Sebab banyak daun bawang. Maka Sis buat telur dadar dan cucur udang letak daun bawang. Cucur jadi crispy kalau letak daun bawang.

Sis buat Sayur campur kailan + baby pak choy yang sis tanam sendiri.

Kurma ayam Sis letak bendi merah. Kurma tu Sis guna rempah kurma jenama Faiza. 

Benih bendi merah tu Sis beli kat Ninso. Yang bestnya, bila dah masak bendi merah ni jadi warna hijau. Rasa bendi merah ni sama je cam bendi hijau.

Air lemonade letak daun pudina yg Sis tanam sendiri.

Sis teringin nak makan Sambal sardin. 

Sis buat nasi briyani guna rempah Briyani jenama Faiza. Bila nasi dah masak Sis titikkan sirap sebab nak bagi efek merah kat nasi 😀😁


Ni tengah nak fikir apa lauk nak masak tuk buka nnt 😁😁😁


Jaga diri u allzz 😀😷

Sunday, April 11, 2021

Rezeki sebelum Ramdhan

 Assalamualaikum dan hi semua,


Alhamdulillah, rezeki Sis dapat kengkawan yang baik baik. Mereka hadiahkan makanan keriangan sempena Ramadhan.

Semoga kengkawan Sis ni sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur 😀