Saturday, February 20, 2021

Briyani guna Pressure Cooker

 Assalamulaikum dan selamat sejahtera u alllzzz,


Aritu Sis dah share step-by-step masak briyani guna periuk nasi biasa. http://su2syafiqhappy.blogspot.com/2021/02/briyani-dari-rempah-maggi.html

Arini Sis nak share step-by-step masak briyani guna Pressure Cooker jenama Mugen dengan Mode Steam.


Tekan Mode : Fry sbb nak tumis bwg dan halia

Letak butter skit, tuk tumis bwg merah, bwg putih dan halia

Kacau-kacau sampai naik bau

Kalau guna mode : fry ni, buka penutup pressure cooker yeh

Bila dah naik bau, kita masukkan beras yg dah ditos

Letak air ikut sukatan berapa cup beras 

Masukkan susu skit

susu lebih kurang dlm 200ml cukup.

Tekan Mode : Steam.

Tadaaa... Dalam 15 minit siap dah nasi briyani.

Mode steam ni kalau dalam periuk u all masak nasi, nnt letak bakul kat atas periuk tuk kukus ayam pun boleh. 2 masakan skali jalan.

Selamat mencuba u allzzz 😀😀😀

Friday, February 19, 2021

Burger Benjo Cara Sis

 Assakamualaikum dan salam sejahtera u allzzz,


Arini Sis cuba buat burger Benjo tapi cara tersendiri Sis. Sis guna 3 biji telur, sandwich slice (isi ayam yg nipis tu, cam pepperoni), garam dan lada sulah.

Senang jer cara Sis.. cam buat telur dadar tu.

3 biji telur + isi ayam + garam + lada sulah

Sis guna kuali ni, sbb Sis ni fail kalau buat telur bulat bulat ni


Sis guna spatula ni. Senang nak kuarkan telur dah masak nnt


Benjo with cheese tuk anak Sis

Benjo tanpa cheese tuk Sis

Memang kenyang makan Benjo ni. Sebab telur dengan roti kan.

Selamat mencuba u all.. 😀😀😀

Sunday, February 14, 2021

Jom rebus sendiri Kacang Kuda

 Assalamualaikum dan hi u alllzzz,


Weekend ni Sis takde buat aper sangat... Masak n tengok tv jer hehhehehheheh

Tetiba masa Sis gi Segi, Mak Sis cakap teringin nak makan kacang kuda rebus. Maka Sis pun carik lah kat Segi kacang kuda ... Sis jumpa 500gram RM5 jer.. Dia ada 2 jenis, gelap dan cerah skit. Sis tak tahulah apa beza 2 kacang kuda ni. Sis amik yang cerah tu. Sis lupa nak snap gambar packing kacang kuda dari Segi ni. Soweyyy 🙏🙏🙏

Sekarang ni memasak makin mudah dengan Pressure Cooker kan. Tekan je butang Mode dia, terus siap masakan kita tu.

Kat bawah ni Sis share step-by-step rebus kacang kuda guna Pressure Cooker jenama Mugen yang Sis beli kat Wow Shop.


Rendamkan sebaiknya 1 malam, supaya kacang kuda akan cepat kembang

Lepas tos, kita letak kacang kuda dalam pressure cooker. 
Letak daun pandan, air paras kcg dan 2 sudu kfc garam.
Kalau nak letak cili kering dan daun kari pun boleh.
Daun pandan tu nak bagi aroma kat kcg tu jer.

Sis guna PC jenama Mugen

Tekan Mode : Bean (kacang) dalam 30 minit

Lepas 30 minit, kita tos air. Siap sudah kacang rebus kita. 

Mak Sis suka sbb lembut cam beli kat kedai. Pastu makan fresh fresh. memang mudah lah memasak dgn pressure cooker ni. Cepat dan jimat masa memasak.

Selamat mencuba u allzzzz 😊😊😊


Tuesday, February 9, 2021

Briyani dari rempah Maggi

Assalamualaikum n hi semua,



Tengah watpe tu.. Korang tahu sejak PKP 1.0 sampai ke PKP 2.0, Sis asyik belajar memasak jer. pelbagai resepi Sis google dan cek kat Rasa.com

Ada yg Sis buat jadik ada yg tak jadik. Cam buat kek batek, 2 kali kek Sis jadi keras cam batu kah kah kah

U all jangan takut nak cuba buat briyani guna rempah Maggi ni.. Pasti jadi u all. Tak akan tak jadi punya. Orang cakap, main campak campak jer, siap bak Master Chef.. gitew

Kat bawah ni Sis tunjuk step-by-step buat Briyani guna rempah Maggi dengan periuk nasi elektrik biasa yeh.

Rempah ni siap Sis bagi kat Aunty Sis. Sebab dia cakap sedap. Dia nak try buat guna Pressure cooker dia baru beli kat Wow Shop... hehhehehhe

Mesti famili u all puji sedap cam kat kedai nasi kandar.. Cubalah yeh u all...

😁😁😁


U all ikut betul betul instruction kat blkg ni yeh

Sis guna beras ni

Memula panaskan periuk dgn 2 sudu besar butter. Sis guna Buttercup

Guna periuk nasi lambat skit cairnya. Tak cam guna pressure cooker, periuk cepat panas

Lepas tu masukkan bwg merah, bwg putih & halia

Masukkan ayam yg dah dipotong kecik

dah nmpk ayam tu masak skit, masukkan beras yg dah ditos kering

Masukkan tomato

Masukkan rempah briyani

Masukkan air dlm 1 cawan penuh

Kemudian tekan Masak kat periuk nasi

Tunggu nasi masak. Taadaaa siap dah nasi briyani guna rempah Maggi jer

Pastu boleh buat jelatah timun + tomato + lemon + gula + garam

Setkan dengan air lemon + ais krim soda.. meletop u all




Sunday, February 7, 2021

Baru nak luruskan kaki

Assalamualaikum n hi semua,


Ni bru nak rehat jap.

Dari lepas solat subuh terus prepare tuk masak nasi lemak letak bunga telang. Pastu potong timun, rebus telur n buat sambal sotong.

Dah siap breakfast Sis gi alihkan bayam brazil. Dah siap alih, Sis solat sunat dhuha.

Pas solat dhuha Sis panaskan rendang daging buat smlm. Mak Sis request buat masak lemak betik dgn ikan goreng. Dah siap Sis gi solat zohor.

Ni baru dapat duduk sambil pegang handphone. 

Kalau tak PKP Sis dah gi Mall n makan kat sana. Dah PKP dgn takleh lepak kedai mamak, maka, masaklah apa yg dihajat anak n Mak 😁

Nasib lauk yg di request senang 😁😁😁

Selamat beristirehat u allzz.. Takecare yeh 😁😁🎊