Friday, December 20, 2019

Lepasan SPM 2019


Assalamualaikum n hi semua.

Harini Sis nak info ttg UPU online. Alaaaa skrg kan kalau nak mohon Universiti kena melalui UPU. Dia dah centralise tuk semua pemohon nak further study yg lepasan SPM.

Zaman Sis dulu tahun 1993 & 1998 guna borang hantar melalui pos biasa yeh atau terus masukkan dalam tong pos derang.. Bila dengar mesti u all cakap, Zaman biler lah Sis ni gi studi ni... Hahhahahhahahha (Nanti google yeh ;) Zaman orang suka main skateboard n dengar lagu alternative)

Zaman Internet pun Dial Up. Nak Print assignment kat UiTm tu kena beratur tunggu giliran sebab ramai yg tak mampu nak beli... Student hanya perlu beli carbon printer n bawa A4 paper sendiri... Sbb printer n PC mahal giler nak beli. Rasa masa tu PC paling murah RM 3,000 hokay.

Tarikh akhir daftar 31hb Dec 2019 tau. <---- Ni UPU tuk tahun 2020/2021 yeh

Kat sini ada gak info tentang laluan kerjaya untuk kursus yg anak kita mungkin minat atau akan minat mohon. 

Sis ada tgk bidang yg UPSI tawarkan. Sis nak tambah ilmu sbb nnt nak berhujah dgn anak Sis yg taknk masuk UPSI sbb tknk jadi Cikgu. 

Tapi bila Sis pilih UPSI tuk laluan kerjaya bagi Program DIPLOMA SAINS KOMPUTER (KOMPUTERAN INTERNET) pas tamat bljr boleh jadi Juruteknik, Pereka Grafik, Webmaster, Pen Pengurus Rangkaian, Pen. Peg. IT. 

Kalau DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL pas tamat bljr boleh jadi Penolong Pegawai (Sains, Penjamin Kualiti, Keselamatan), Pembantu Makmal, Penolong Pegawai Tadbir.

Kalau DIPLOMA SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN pas tamat bljr boleh jadi Penolong Pegawai Sukan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Trainer/Jurulatih.

Kalau DIPLOMA REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PERMAINAN pas tamat bljr boleh jadi Pereka Pembangunan Permainan, Penolong Pegawai IT, Pereka Animasi, Juru Aturcara Permainan.

Di sini Sis nak inform, kalau masuk UPSI tak semestinya kuar jadi Cikgu jer. Masuk UPSI boleh gak nanti keje dalam bidang korporat atau maksud lain boleh gak keje pejabat 9-5 tu duk dalam airkon jer. ;)

Suruh je anak daftar dulu walau anak tak pasti nk further study atau idak. Sebab nnt jadi mcm Sis aritu tak daftar n mohon utk kemasukan ke SBP n MRSM. 

Sbb bila time nak mohon sbb mcm chances nak dpt asrama masa tu tipis, baru tergedik gedik bukak webssite nak mohon MRSM n SBP.

Mmg its too late already lah... Sbb tarikh tutup daftar n mohon dah tamat.

Maka, disini, Sis harap all parents atau bakal pemimpin masa depan (Sis mmg suka panggil students skrg pemimpin masa depan) mulakan langkah pertama dgn mendaftar UPU online ni yeh. Jangan nyesal di kemudian ari nnt. :)

Link Sis sertakan di bawah yeh.
 #SisSuriaBagiInfo
#upuonline #upuonline2019 #spm2019