Showing posts with label Homemade. Show all posts
Showing posts with label Homemade. Show all posts

Friday, March 12, 2021

Lunch tuk arini

Assalamualaikum n hi semua, 

Tadi Sis dah search nak ode grabfood jer. Tetiba anak Sis ckp, Mama ni asyik ode jer. Bosan tau pagi petang asyik ode 😁😁😁 

Tamparan hebat dari anak. Terus Sis bangkit n masak nasi. 

Kemudian gi petik cili api n daun kari tuk buat masak butter chicken 

Kadang bila penat mmg takde mood nak masak. Padahal semua barang tuk masak ada je kat umah. Bila datang penat n malas camtu lah jadinye hehehehehehehe 

Selamat berlunch u allzzz 😁


Sambal telur hancusss

daun pegaga tuk Sis buat ulam

ikan masak taucu

drumnet goreng guna AF

kuah tuk tuang atas ayam, butter chicken



Saturday, February 20, 2021

Briyani guna Pressure Cooker

 Assalamulaikum dan selamat sejahtera u alllzzz,


Aritu Sis dah share step-by-step masak briyani guna periuk nasi biasa. http://su2syafiqhappy.blogspot.com/2021/02/briyani-dari-rempah-maggi.html

Arini Sis nak share step-by-step masak briyani guna Pressure Cooker jenama Mugen dengan Mode Steam.


Tekan Mode : Fry sbb nak tumis bwg dan halia

Letak butter skit, tuk tumis bwg merah, bwg putih dan halia

Kacau-kacau sampai naik bau

Kalau guna mode : fry ni, buka penutup pressure cooker yeh

Bila dah naik bau, kita masukkan beras yg dah ditos

Letak air ikut sukatan berapa cup beras 

Masukkan susu skit

susu lebih kurang dlm 200ml cukup.

Tekan Mode : Steam.

Tadaaa... Dalam 15 minit siap dah nasi briyani.

Mode steam ni kalau dalam periuk u all masak nasi, nnt letak bakul kat atas periuk tuk kukus ayam pun boleh. 2 masakan skali jalan.

Selamat mencuba u allzzz 😀😀😀

Friday, February 19, 2021

Burger Benjo Cara Sis

 Assakamualaikum dan salam sejahtera u allzzz,


Arini Sis cuba buat burger Benjo tapi cara tersendiri Sis. Sis guna 3 biji telur, sandwich slice (isi ayam yg nipis tu, cam pepperoni), garam dan lada sulah.

Senang jer cara Sis.. cam buat telur dadar tu.

3 biji telur + isi ayam + garam + lada sulah

Sis guna kuali ni, sbb Sis ni fail kalau buat telur bulat bulat ni


Sis guna spatula ni. Senang nak kuarkan telur dah masak nnt


Benjo with cheese tuk anak Sis

Benjo tanpa cheese tuk Sis

Memang kenyang makan Benjo ni. Sebab telur dengan roti kan.

Selamat mencuba u all.. 😀😀😀

Tuesday, December 8, 2020

Masak apa tu

Assalamualaikum n hi semua,

Pagi ni Sis buat sosej kukus tuk breakfast.

Semalam lunch Sis buat sambal isi ketam, rendang ayam dah bayam brazil & kailan goreng.

Kailan & bayam brazil tu Sis tanam sendiri. Masa kunyah kailan, ber kruk krak bunyinya.. fresh betul 😁

Sis ada semai sawi lah, pak choy, tapi tak hidup. Kailan je yg menjadi n besar bagai johan hahahahaha

Agaknya kailan je yg serasi dgn Sis 😁

Selamat beristirehat u allzzz 😁

Saturday, December 5, 2020

Goreng nasi guna induction cooker

Assalamualaikum n hi semua, 

Harini Sis nak tunjuk camner goreng nasi guna induction cooker jenama Tesco. Sis beli dulu RM99.00 jer.

Sis suka guna induction cooker sbb masakan kita sekata jer sbb panas periuk sama jer. Sbb ada kawalan suhu kalau guna induction cooker.

Sis rasa setiap rumah sekurang sekurangnya mesti ada 1 pemasak letrik. Yelah mana tahu tetiba gas memasak dah habis n kita sedang menumis bawang tetiba takde gas. Takkan nak guna kayu api hehehehehe

Kalau u all ada rezeki lebih sila lah simpan 1 induction cooker kat umah yeh.



Sediakan 1 labu bwg merah kecik, 2 ulas bwg putih dan kailan 

Tekan butang Fry, nnt ia akan automatik set time dia sendiri

Letak dlm 2 sudu minyak masak

Tumis bawang tadi
Tumis sampai naik bau
Bila bawang dah layu, masukkan daun kailan
Masuk kan nasi putih
Letak sikit lada putih

Siap dah nasi goreng guna induction cooker. Mudah kan. Selamat mencuba u alllzzz 😀











 

Resepi Cucur bayam brazil

Assalamualaikum n hi semua,

Selamat berhujung mgu u allzzz. Sis buat Bakwan sbb byk bayam brazil. Resepi dia cam cucur gak hanya letak byk sayur.
2 cawan tpg gandum
1 sudu tpg beras
1 biji telur
1 labu bwg merah
Ikan bilis
Air secukup
Garam secukup rasa
Pastu goreng rangup bru sedap makan . Selamat mencuba u alllzzz 😁

Friday, October 30, 2020

Lempeng nasi + sambal sardin

Assalamualaikum n hi semua,

Semalam Sis rasa taknak dinner nasi. Maka Sis buat lempeng nasi cicah sambal sardin.

Ayam bakar teriyaki dgn kentang bakar buat anak.

Lempeng nasi tu sedap buat nipis n garing.. buat kudapan pun sedap 😁 

Klik kat sini tuk resepi Lempeng nasi ✎ 

Selamat menjamu selera u allzzz 😁

Thursday, October 29, 2020

Roti lasagna

Assalamualaikum n hi semua,

Ni dinner semalam. Sis buat roti lasagna jer. 

Bahan-bahan

Kuah spaghetti yg ada daging hancur
Cheese tabur atas kuah spaghetti 
Mayonis tuk sapu kat roti
Roti
Marjerin tuk sapu roti

Cara buat

Sapu tempat nak dibakar dgn marjerin. Lapik dgn baking paper Sis beli kat Mr DIY.

Letak roti yg dah disapu marjerin dan mayonis.
Letak kuah spaghetti.
Letak cheese byk sampai tutup semua kuah spaghetti.
Letak roti yg dah di sapu mayonis bahagian nak tutup cheese.

Bahagian yg lagi atas sapu marjerin supaya roti bila dibakar akan rangup tapi taklah keras cam kayu 😆😁

Ulang step, roti - kuah spaghetti- cheese - roti sampai tinggi u all nak. Sis buat 2 tingkat jer sbb kuah spaghetti cukup takat 2 tingkat jer 😁

Anak Sis kata sedap. Sis tak letak kuah putih sbb kurang rajin nak bukak api nak masak kuah putih hahahahah

Selamat menjamu selera u all 😁




Monday, October 26, 2020

Lunch arini spaghetti

Assalamualaikum n hi semua,

Harini lunch Sis buat spaghetti guna jenama Kimball. Ni jiran Sis yg rekemen sbb dia ckp jenama Kimball lagi sedap. Mi dia Sis suka guna angel hair sbb nipis, sedap skit bila makan 😀

Kuah spaghetti Sis guna bawang merah , bawang putih, halia tuk tumisan.

Sebelum masak bahan tumis n kuah spaghetti Sis goreng daging hancur guna jenama Ramly dan meatballs jenama Ramly.

Meatballs ni Sis beli kat Kuala Selangor sbb jarang nampak jat sekitar rumah Sis.

Selamat menjamu selera u allzz 😁

Masak telur guna airfryer

Assalamualaikum n hi semua,

Sekarang kan Sis kalau nak cepat siapkan breakfast, Sis buat telur separuh masak jer guna airfryer.

Biasa Sis buat Suhu 150, dalam 8 minit sbb anak Sis n Mak Sis suka yg keras skit. Diaorang tak suka yg cair berair tu.

Sis suka yg berair. Tu Sis punya Sis buat Suhu 150, dalam 4 hingga 5 minit 😁

Selamat menjamu selera u allzzz 😁