Tuesday, November 13, 2012

This girl played the instrument like a Pro

Hari Sabtu lepas, Su pegi One Utama. Pas window shopping kat Jusco, makan makan Tako Tao, makan kat NyoNya Color, nasi lemak rendang ayam kegemaran Syafiq.

Lepas Syafiq kenyang makan nasi lemak rendang ayam, Su terdengar petikan Sittar agaknye nama instrument yang dimainkan oleh seorang wanita berbangsa Cina. Sedap betul alunan petikan Sittar nie... Hanya Su tak dapat nak amik video, koz Su asyik sangat dengar alunan petikan Sittar dia. Memang sedap dan menenangkan minda.

Ramai orang yang datang dengan lebih dekat, koz nak tengok sapa yang mainkan Sittar tu. Pas nampak seorang wanita Cina, terus audience cakap, Wow... Chinese lady woooo...

Bagus betul kumpulan pemain alat alat muzik ni, campuran bangsa, brmain instrument yang selalu kita lihat bangsa India yang selalu mainkan.

:D
:D
:D

Sunday, November 11, 2012

Lapik kaki aksesori mahal

Jangan tak tahu, sekarang kain kesat kaki dah dijadikan aksesori hiasan di One Utama.
Su nampak kesat kaki ni sempena sambutan Hari Deepavali. So pasni janganlah memalu nak letak kain kesat kaki ni kat umah yeh...

Saturday, November 10, 2012

Happy school holiday to all

Happy school holiday to all... Ramai yang cakap penat anak anak di rumah... Tapi bagi Su best anak cuti sekolah ni... Taklah Su terkejar kejar ke sana ke sini... heheh.. Happy school holiday to all...

Thursday, November 8, 2012

Remember your root

You all pernah tak tengok cerita tentang life orang-orang yang kaya raya atau berjaya dalam bidang yang mereka ceburi sekarang. Bila lepas ditemuramah, diaorang mesti akan cakap (lebih kurang), "saya akan sentiasa ingat asal usul saya, yang dulu tinggal dalam rumah yang usang dan dah nak tunggu masa untuk runtuh sebagai pedoman saya untuk maju ke hadapan dalam hidup saya.

Ni rumah Su dilahirkan oleh Emak
Su hanya terfikirlah, kalau orang orang yang dah dilahirkan memang kaya raya, keluar keluar je dah ada mak bapak belikan insuran berjuta juta harganya. Dah ada Mak Bapak tulis wasiat tuk warisi harta benda yang dah Mak Bapak dia kumpul. Diaorang hanya perlu fikir camne nak habiskan duit Mak Bapak dia jer. hehhehhe

Pegi sekolah, swasta. Pegi sekolah ada driver. Pegi sekolah takyah bawak bekal, koz makan je kat kantin sekolah atau beli je kat restoran restoran mewah. Fuiyohhhhh

Su rasa cam nak switch at birth je kalau adalah kehidupan camtu kan.


Silverspoon taken from Google
 Su terfikir tentang quote dari orang miskin jadi kaya, dah kaya jadi miskin ni, sebab semalam tengok siri Bersamamu kat TV3 dan sekarang tgk Hip Hop Asia. Setiap kali diaorang ni yang telah berjaya keluar dari kelompok kemiskinan yang melampau dahulu. Diaorang mesti akan cakap, "I'll remember my root, where I stayed with 2 tonne matrix of rubbish, where it is also known as Getto", atau "Saya akan sentiasa ingat tentang asal usul saya, tinggal di dalan hutan yang jauh dari penduduk setempat".

Pastu bila tengok cerita pasal anak-anak orang kaya cam K or H. Diaorang akan bercerita pasal nak sambut harijadi di Vegas, di Hotel-hotel mewah, atau di kepulauan yang orang tak pernah pegi. Mesti nak buat segah yang boleh, dengan perbelanjaan yang kita sendiri dengar pun, keje 100 tahun pun tak dapat duit cam tu.

Tapi tu semua dah takdir yang ditentukan ALLAH. Kita sebagai manusia, kena redha dengan semua ketentuanNYA.

Tapi siri Bersamamu semalam, memang Su tabik gilos kat adik beradik Wahyu yang sangat sangat tabah dalam menempuhi kehidupan mereka. Semoga Wahyu akan menjadi seorang Pensyarah muzik tradisional dan pengubah lagu yang berjaya di masa hadapan. InsyaALLAH.
:D
:D
:D