Thursday, December 31, 2020

Sup kaki ayam guna pressure cooker Mugen

 Assalamualaikum n hi semua,


Di bawah adalah cara Sis masak sup kaki ayam guna pressure cooker jenama Mugen.

Cepat jer kaki ayam empuk guna pressure cooker. 12 minit jer. Tekan butang CHICKEN.


Ni bahan-bahan yg Sis guna

Sis guna pressure cooker jenama Mugen

Penutup pressure cooker boleh letak kat tepi cam di atas

Letak minyak masak tuk menumis

Tekan Fry, sbb nak menumis

Masukkan bawang merah yg dah di hiris

Masuk kan halia yg telah di hiris

Tumiskan semua sampai naik bau

Masuk kan 1 kiub ayam Maggi

Hancurkan kiub ayam dgn tekan tekan dgn sudip

Masuk kan 1 cawan air. Masa ni kita off kan Fry mode.

Masuk kan kaki ayam yg telah di potong kukunya

Air buat paras tenggelam kan kaki ayam

Masuk kan ubi kentang yg di potong 2. jgn potong kecik kecik sbb nnt kentang jadi hancur.

Letak serai, taknak letak pun takper..

Masuk kan perasa, garam dan sedikit gula (taknak letak pun takper)

Nanti kelihatan cam di atas.

Tutupkan pressure cooker. 

Kemudian tekan CHICKEN. Tunggu dalam 12 minit, lepaskan wap keluar sampai habis.
Sup aki ayam dah siap untung di hidangkan.

Selamay mencuba πŸ˜€

Breakfast sausage kukus

Assalamualaikum n hi semua,

Dah nak tamat dah tahun 2020. Macam macam perkara berlaku tahun 2020. Semoga tahun 2021 beri pelbagai kebaikan pada semua. In shaa Allah

Pagi ni Sis buat breakfast hotdog kukus jer. Sihat dan mudah hehehehe

Guna roti hotdog beli kat kedai Eco Kuala Selangor rm2.10 jer

Pastu letak cheese ketak sausage.

Pastu kukus dalam 30 minit dgn api pelahan sbb nak bagi sausage tu masak.

SELAMAT TAHUN BARU buat semua. Semoga kita semua cemerlang dan diberi rezeki kesihatan dan pendapatan yang diberkati Allah 🀲🏼🀲🏼🀲🏼

Thursday, December 24, 2020

Masak taucu tuk dinner

Assalamualaikum n hi semua,

Harini Sis buat ikan masak tau. 1 ekor ikan lagi buat goreng biasa jer.

Biasa Sis kalau goreng ikan perap dgn serbuk kunyit dgn garam jer. Masa nak goreng tu, minyak kena panas betul betul baru masuk.

Pastu murah rezeki harini, jiran bagi kek marble buat minum petang. Alhamdulillah 🀲🏼🀲🏼🀲🏼

Selamat berhujung minggu semua 😁

Lemon suam tuk detox

Assalamualaikum n hi semua,

Harini Sis buat nasi goreng jer tuk breakfast n lunch. Sebab nasi semalam ada lebih.

Pastu Sis buat lemon suam tuk derox. Lemon lebihan buat acar timun semalam 😁

Selamat ber long weekend u allzzz πŸ˜πŸŽ‰πŸŽŠ

Wednesday, December 23, 2020

Lunch today sempena asb dividen

Assalamualaikum n hi semua, 

Harini Sis masak nasi minyak, ayam masak merah dan acar timun. 

Saja masak cam kenduri sempena pengumuman dividen asb 4.25 + 0.75 😁 

Alhamdulillah sebab dalam keadaan ekonomi yg tak menentu ni, ada dividen tu dah syukur walau duit dlm asb adalah rm 2000 jer hahahahaha 

Bahan tuk masak nasi. 

Nasi Sis masak guna Pressure Cooker Mugen, beli kat Wow Shop.

-3 pot beras biasa (sebaik jgn guna beras yg mahal)

-2 sudu margerin tuk tumis

-Rempah ratus dari peket Sup Tulang (amik kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang, bukan yg dlm punjut)

-1 labu bwg merah besar

-3 ulas bawang putih

-1 inci halia

-1 pot sukat beras tadi, susu cair (Sis guna dutch lady)

-1 kiub stok ayam jenama Maggi

-garam secukup rasa

-1/4 sudu serbuk kunyit

-air 3 pot air (guna pot beras tadi)

Bahan Acar Timun

-1 biji timun jepun potong memanjang, 

-2 biji cili api

-1 biji buah lemon

-1 labu bawang 

-gula secukup rasa (kasi manis skit)

-garam secukup rasa

Bahan Ayam masak merah

-1/2 kilogram ayam (perap dgn serbuk kunyit & garam sebelum goreng)

-3 labu bawang merah (byk bwg lagi sedap, manis rasanya)

-2 ulas bawang putih

-lebih kurang segenggam cili kering 

-sos cili dan sos tomato secukup rasa (Sis guna jenama Life)

-2 batang serai

-Garam dan gula secukup rasa (Biasa ayam masak merah dia manis manis)

-3 sudu besar air (tuk bagi masak merah ada nmpk efek kuah)


Selamat mencuba u all. 

Selamat bekerja semua πŸ‘©πŸ»‍πŸ’»

Monday, December 21, 2020

Jom hantar bateri ke one utama

Assalamualaikum n hi semua,

Tadi, Sis teringin makan sushi. Maka, Sis ke Aeon gi beli sushi tuk lunch. Sambil ke One Utama, Sis pegi hantar old batteries, old handphones & old powerbank tuk recycle. Dptlah RM18 kredit ke dlm One Card 😁 Sambil jual sambil kita pulihara alam sekitar πŸŒŽπŸŒ³πŸ”‹πŸ“±#oneutama #recycle #1utama #greenninja

Friday, December 18, 2020

Petua elak cili bercendawan

Assalamualaikum n hi u alllzzz,

Aritu Sis ada baca kat mana tah, tak ingat, ada petua ni utk elak cili blender dari cepat bercendawan.
Sis dah cuba dah dan ia berjaya.


Memula u allzzz blend cili dlm 100gm dgn 1 labu bawang putih.


Pastu u all goreng dgn minyak atas api yg perlahan supaya tak kena percikan cili.
Boleh juga cili kering tu u all rebus dulu baru blend. Memana cara pun boleh.


Cili blend yg dah Sis goreng dgn minyak, Sis letak dlm tupperware ni jer. Alhamdulillah tahan walau letak dlm freezer.

Dah blend cili kering dgn 1 labu bawang putih, u allzzz frozen kan dlm freezer u allzz. 
Sebaik-baiknya frozen kan sehari semalam supaya dpt cam air batu tu.

Lepas tu u all cairkan dgn letak kat fridge yg biasa tu, yg bukan tuk keras jadi air batu tu.

Sis punya cili blend dah dekat 3 minggu, Alhamdulillah tak cendawan yg putih putih tu lagi. Rupa cili blend tu sama cam memula kita blend dia.


Yg atas tu, warna oren tu, cili blend yg frozen.

Yg bawah tu, cili yg dah frozen, pastu Sis biar dia cair kat fridge biasa tu.. Alhamdulillah tak cendawan.

Nanti u all cubalah.. πŸ˜


Tuesday, December 8, 2020

Masak apa tu

Assalamualaikum n hi semua,

Pagi ni Sis buat sosej kukus tuk breakfast.

Semalam lunch Sis buat sambal isi ketam, rendang ayam dah bayam brazil & kailan goreng.

Kailan & bayam brazil tu Sis tanam sendiri. Masa kunyah kailan, ber kruk krak bunyinya.. fresh betul 😁

Sis ada semai sawi lah, pak choy, tapi tak hidup. Kailan je yg menjadi n besar bagai johan hahahahaha

Agaknya kailan je yg serasi dgn Sis 😁

Selamat beristirehat u allzzz 😁

Saturday, December 5, 2020

Goreng nasi guna induction cooker

Assalamualaikum n hi semua, 

Harini Sis nak tunjuk camner goreng nasi guna induction cooker jenama Tesco. Sis beli dulu RM99.00 jer.

Sis suka guna induction cooker sbb masakan kita sekata jer sbb panas periuk sama jer. Sbb ada kawalan suhu kalau guna induction cooker.

Sis rasa setiap rumah sekurang sekurangnya mesti ada 1 pemasak letrik. Yelah mana tahu tetiba gas memasak dah habis n kita sedang menumis bawang tetiba takde gas. Takkan nak guna kayu api hehehehehe

Kalau u all ada rezeki lebih sila lah simpan 1 induction cooker kat umah yeh.



Sediakan 1 labu bwg merah kecik, 2 ulas bwg putih dan kailan 

Tekan butang Fry, nnt ia akan automatik set time dia sendiri

Letak dlm 2 sudu minyak masak

Tumis bawang tadi
Tumis sampai naik bau
Bila bawang dah layu, masukkan daun kailan
Masuk kan nasi putih
Letak sikit lada putih

Siap dah nasi goreng guna induction cooker. Mudah kan. Selamat mencuba u alllzzz πŸ˜€