Showing posts with label SueRosly. Show all posts
Showing posts with label SueRosly. Show all posts

Monday, June 11, 2018

Ikan Bawal Mas masak kicap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Punyalah lama Kak Ti tak bersiaran menulis Blog yeh. Bukan apa banyak nau benda nak settle kan. Alhamdulillah sekarang Kak Ti dah free... ( Mak Oi, bertahun baru free ke Kak Ti... hahhahahahha alasan kan... )

Ni, Kak Ti terkesan dengan kes ada kedai mamak yg femes kat Bangsar tu staff dia cuci pinggan guna air lopak... Maka, Kak Ti rasa nak share resepi tuk masak 1 org.. Supaya u all ada dah kekuatan nak masak sendiri.. dan kurangkan makan kat luar yang belum tentu kebersihannya...

Mari kita Mula..


1. Sepotong Ikan Bawal Mas (ni jual kat NSK se ekor RM 6.50, Kak Ti suh bangla tu potong 3 sbb besar gak ikan ni)


2. 1 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan dlm 1 inci halia


3. Hiris bahan - bahan nak tumis.


4. Nanti kita akan guna dalam 2 sudu jer serbuk kari ikan.


5. Nanti kita guna dalam 2 sudu besar cili giling 


Nak Start masak dah yeh


1. Panaskan dalam 2 sudu minyak masak.. takyah banyak banyak. Kurangkan minyak dalam masakan 😊


2.Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yg dah kita hiris tadi.

3. Tumiskan cili giling dalam 2 sudu jer. Tumiskan separuh separuh camni. jimat masa.. :)

Kalau nak lebih pedas, masukkan cili giling lebih yeh. Kak Ti tak taham pedas. Tu yg letak takat 2 sudu besar jer. 

4. Bila dah naik bau tumisan, kita masuk kan ikan.

Gorengkan ikan ni dalam 2 minit. asalkan nmpk dia dah tak lembik.

5. Masukkan air dalam sepenuh cawan Ikea ni. Kalau nak lebih kuah, letak lebih air. Ni sukatan Kak Ti tuk masak 1 orang. 😊


6. Masuk kan 2 sudu besar serbuk kari ADABI. rasa serbuk kari Adabi skrg ni sedap... tak cam dulu rasa cam ada kurang bahan. 

7. Masukkan 6 sudu besar kicap Manis yeh. Jangan masukkan kicap masin, kang masin gilos Masak kicap u all kang...

8. Masukkan dalam 3 sudu besar Mix Vege dari jenama Kawan. Kak Ti suka carrot lebih.. tu yg u all nampak carrot cam lebih je tu.. elok tuk mata kan Carrot nie...

9. Masukkan 1 labu tomato yg telah dibelah 4. ni saja nak bagi masam sikit Masak Kicap kita nnt.

10. Masukkan serbuk black pepper jena Aji-Shio.. Kak Ti kira 2 bulatan taburkan sebuk black pepper ni. Anggaran sukatan dalam 1 sudu kecik.

11. Perasa kan 1 sudu KFC Maggi Cukup Rasa.

12. Perasa kan 1 sudu KFC garam bukit. Kak Ti guna garam bukit jenama HalaGel.

Biarkan dia sebati.
Gaul Gaul dgn sudip. Biar dia mendidih dalam 5 minit.

Dah Siap dah. Dah boleh Makan dah. Kak Ti suka lauk ni sebab ada rasa kari, cili dan manis kicap. Lauk ni sesuai tuk orang yang takde selera nak makan. Lebih kurang lauk ni boleh buat pembuka selera orang nak makan. Lagi satu lauk ni lengkap dgn sayur dan protin. 😊

SELAMAT MENCUBA U ALL..
😋😋😋

Saturday, November 10, 2012

Happy school holiday to all

Happy school holiday to all... Ramai yang cakap penat anak anak di rumah... Tapi bagi Su best anak cuti sekolah ni... Taklah Su terkejar kejar ke sana ke sini... heheh.. Happy school holiday to all...

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
 
Hari ni Su ada masa skit, koz hujung minggu yang panjang kan. Sempena Hari Malaysia harini, maka esok pun cuti.
 
 
 
Harini baru Su terhegeh hegeh nak update blog pasal Hari Raya puasa haritu. hehheheh
Tahun ni raya taklah meriah sangat seperti tahun lepas. Yelah tahun ni arwah abah takde nak beraya dengan kitaorang. Abah pegi meninggalkan kami, menemu pencipta-Nya pada 27hb April 2012. Sedih memang sedih, sampai Su dah takleh nak nangis dah.
 
Oklah, kita berbalik pada cerita Raya Su yg baru habis nie. Raya kedua, Su pegi raya umah Abang Su kat Bukit Beruntung. Best dah keadaan Bukit Beruntung. Ada pasaraya Tesco, klinik 1 Malaysia dan kedai 1 Malaysia.
 
 Ni gambar Su, Abg Pudin, Angah Nani dan adik Laila.
Masa ni Along Sopiah Su jer yg takde, koz dia pegi balik kampung rumah husband dia.
 
 
Ni gambar syafiq dgn anak Angah nani, Aisyah dan anak Abg Pudin, Mohd Syazrin. 
Biasalah bila Raya jer lah ada masa nak pegi ziarah menziarahi rumah adik beradik dan sedara mara.
:D
:D
:D


Friday, March 9, 2012

Assalamualaikum semua


Assalamualaikum semua. Hari ini genap Su berumur 36 tahun.. hehheheh Macam tak percaya dah pernah lalui zaman minum susu dengan botol, gigi rongak masa kecik, bercinta cintun, berchatting, bertunang, berkahwin, mengandung, beranak, jaga anak sampai besar, dan sekarang dah 36 tahun....

Fuhhhhhh seram gak melalui umo 36 tahun nie. Yelah, lagi 4 tahun jer nak dekat 40 tahun. Orang tua-tua cakap, kalau umur 40 tahun tapi tak berubah berubah maka, perangai gitulah sampai kita meninggal. Huh, seram dengar pepatah orang-tua-tua nie.

Tapi ok jeer.. Hanya Su tiap hari doa semoga Su dipanjang umo, semoga Su diberikan kesihatan, semoga Su dapat jaga anak Su yang tunggal nie... hehhehhehe

Oklah... Nanti kalau Su free lagi, Su berceloteh lagi yeh.
:D
:D
:D