Showing posts with label Briyani. Show all posts
Showing posts with label Briyani. Show all posts

Tuesday, April 13, 2021

Ramadhan - 1

 Assalamualaikum dan hi semua,


Rezeki betul arini.

Bru jer nak kuarkan ikan nak masak tuk berbuka. Tetiba my angah wasap nak hantar ayam mandy.

Punya banyak nasi dia bagi, mcm ode grab portionnya 😁

Semoga murah rezeki dan panjang umur.

Oklah esok jer lah kuarkn ikan tuk masak

😁 🤗😘

Banyak betul portion ayam mandy

Buat air sirap tuk berbuka

Monday, April 12, 2021

Lauk sebelum ramadhan

 Assalamualaikum n hi semua, 


Selamat menyambut Ramadhan yg mulia.

Sis doakan semoga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yg terbaik buat semua.


Sis kalau tak tahu nak masak apa apa, mesti Sis akan masak sotong goreng kunyit. Sebab senang n kejap jer masaknya.

Rumah Sis banyak bayam brazil, maka Sis hadiah kat jiran tetangga jer dari buang. Semoga jiran Sis dapat manfaat makan bayam brazil yang khasiatnya sama cam bayam biasa. Boleh tambah darah.

Telur dadar letak daun bawang

Sebab banyak daun bawang. Maka Sis buat telur dadar dan cucur udang letak daun bawang. Cucur jadi crispy kalau letak daun bawang.

Sis buat Sayur campur kailan + baby pak choy yang sis tanam sendiri.

Kurma ayam Sis letak bendi merah. Kurma tu Sis guna rempah kurma jenama Faiza. 

Benih bendi merah tu Sis beli kat Ninso. Yang bestnya, bila dah masak bendi merah ni jadi warna hijau. Rasa bendi merah ni sama je cam bendi hijau.

Air lemonade letak daun pudina yg Sis tanam sendiri.

Sis teringin nak makan Sambal sardin. 

Sis buat nasi briyani guna rempah Briyani jenama Faiza. Bila nasi dah masak Sis titikkan sirap sebab nak bagi efek merah kat nasi 😀😁


Ni tengah nak fikir apa lauk nak masak tuk buka nnt 😁😁😁


Jaga diri u allzz 😀😷

Saturday, February 20, 2021

Briyani guna Pressure Cooker

 Assalamulaikum dan selamat sejahtera u alllzzz,


Aritu Sis dah share step-by-step masak briyani guna periuk nasi biasa. http://su2syafiqhappy.blogspot.com/2021/02/briyani-dari-rempah-maggi.html

Arini Sis nak share step-by-step masak briyani guna Pressure Cooker jenama Mugen dengan Mode Steam.


Tekan Mode : Fry sbb nak tumis bwg dan halia

Letak butter skit, tuk tumis bwg merah, bwg putih dan halia

Kacau-kacau sampai naik bau

Kalau guna mode : fry ni, buka penutup pressure cooker yeh

Bila dah naik bau, kita masukkan beras yg dah ditos

Letak air ikut sukatan berapa cup beras 

Masukkan susu skit

susu lebih kurang dlm 200ml cukup.

Tekan Mode : Steam.

Tadaaa... Dalam 15 minit siap dah nasi briyani.

Mode steam ni kalau dalam periuk u all masak nasi, nnt letak bakul kat atas periuk tuk kukus ayam pun boleh. 2 masakan skali jalan.

Selamat mencuba u allzzz 😀😀😀

Tuesday, February 9, 2021

Briyani dari rempah Maggi

Assalamualaikum n hi semua,



Tengah watpe tu.. Korang tahu sejak PKP 1.0 sampai ke PKP 2.0, Sis asyik belajar memasak jer. pelbagai resepi Sis google dan cek kat Rasa.com

Ada yg Sis buat jadik ada yg tak jadik. Cam buat kek batek, 2 kali kek Sis jadi keras cam batu kah kah kah

U all jangan takut nak cuba buat briyani guna rempah Maggi ni.. Pasti jadi u all. Tak akan tak jadi punya. Orang cakap, main campak campak jer, siap bak Master Chef.. gitew

Kat bawah ni Sis tunjuk step-by-step buat Briyani guna rempah Maggi dengan periuk nasi elektrik biasa yeh.

Rempah ni siap Sis bagi kat Aunty Sis. Sebab dia cakap sedap. Dia nak try buat guna Pressure cooker dia baru beli kat Wow Shop... hehhehehhe

Mesti famili u all puji sedap cam kat kedai nasi kandar.. Cubalah yeh u all...

😁😁😁


U all ikut betul betul instruction kat blkg ni yeh

Sis guna beras ni

Memula panaskan periuk dgn 2 sudu besar butter. Sis guna Buttercup

Guna periuk nasi lambat skit cairnya. Tak cam guna pressure cooker, periuk cepat panas

Lepas tu masukkan bwg merah, bwg putih & halia

Masukkan ayam yg dah dipotong kecik

dah nmpk ayam tu masak skit, masukkan beras yg dah ditos kering

Masukkan tomato

Masukkan rempah briyani

Masukkan air dlm 1 cawan penuh

Kemudian tekan Masak kat periuk nasi

Tunggu nasi masak. Taadaaa siap dah nasi briyani guna rempah Maggi jer

Pastu boleh buat jelatah timun + tomato + lemon + gula + garam

Setkan dengan air lemon + ais krim soda.. meletop u all