Tuesday, February 9, 2021

Briyani dari rempah Maggi

Assalamualaikum n hi semua,



Tengah watpe tu.. Korang tahu sejak PKP 1.0 sampai ke PKP 2.0, Sis asyik belajar memasak jer. pelbagai resepi Sis google dan cek kat Rasa.com

Ada yg Sis buat jadik ada yg tak jadik. Cam buat kek batek, 2 kali kek Sis jadi keras cam batu kah kah kah

U all jangan takut nak cuba buat briyani guna rempah Maggi ni.. Pasti jadi u all. Tak akan tak jadi punya. Orang cakap, main campak campak jer, siap bak Master Chef.. gitew

Kat bawah ni Sis tunjuk step-by-step buat Briyani guna rempah Maggi dengan periuk nasi elektrik biasa yeh.

Rempah ni siap Sis bagi kat Aunty Sis. Sebab dia cakap sedap. Dia nak try buat guna Pressure cooker dia baru beli kat Wow Shop... hehhehehhe

Mesti famili u all puji sedap cam kat kedai nasi kandar.. Cubalah yeh u all...

😁😁😁


U all ikut betul betul instruction kat blkg ni yeh

Sis guna beras ni

Memula panaskan periuk dgn 2 sudu besar butter. Sis guna Buttercup

Guna periuk nasi lambat skit cairnya. Tak cam guna pressure cooker, periuk cepat panas

Lepas tu masukkan bwg merah, bwg putih & halia

Masukkan ayam yg dah dipotong kecik

dah nmpk ayam tu masak skit, masukkan beras yg dah ditos kering

Masukkan tomato

Masukkan rempah briyani

Masukkan air dlm 1 cawan penuh

Kemudian tekan Masak kat periuk nasi

Tunggu nasi masak. Taadaaa siap dah nasi briyani guna rempah Maggi jer

Pastu boleh buat jelatah timun + tomato + lemon + gula + garam

Setkan dengan air lemon + ais krim soda.. meletop u all




No comments:

Post a Comment