Assalamualaikum n hi semua,
Thursday, December 31, 2020
Sup kaki ayam guna pressure cooker Mugen
Breakfast sausage kukus
Dah nak tamat dah tahun 2020. Macam macam perkara berlaku tahun 2020. Semoga tahun 2021 beri pelbagai kebaikan pada semua. In shaa Allah
Pagi ni Sis buat breakfast hotdog kukus jer. Sihat dan mudah hehehehe
Guna roti hotdog beli kat kedai Eco Kuala Selangor rm2.10 jer
Pastu letak cheese ketak sausage.
Pastu kukus dalam 30 minit dgn api pelahan sbb nak bagi sausage tu masak.
SELAMAT TAHUN BARU buat semua. Semoga kita semua cemerlang dan diberi rezeki kesihatan dan pendapatan yang diberkati Allah π€²πΌπ€²πΌπ€²πΌ
Thursday, December 24, 2020
Masak taucu tuk dinner
Harini Sis buat ikan masak tau. 1 ekor ikan lagi buat goreng biasa jer.
Biasa Sis kalau goreng ikan perap dgn serbuk kunyit dgn garam jer. Masa nak goreng tu, minyak kena panas betul betul baru masuk.
Pastu murah rezeki harini, jiran bagi kek marble buat minum petang. Alhamdulillah π€²πΌπ€²πΌπ€²πΌ
Selamat berhujung minggu semua π
Lemon suam tuk detox
Harini Sis buat nasi goreng jer tuk breakfast n lunch. Sebab nasi semalam ada lebih.
Pastu Sis buat lemon suam tuk derox. Lemon lebihan buat acar timun semalam π
Selamat ber long weekend u allzzz πππ
Wednesday, December 23, 2020
Lunch today sempena asb dividen
Assalamualaikum n hi semua,
Harini Sis masak nasi minyak, ayam masak merah dan acar timun.
Saja masak cam kenduri sempena pengumuman dividen asb 4.25 + 0.75 π
Alhamdulillah sebab dalam keadaan ekonomi yg tak menentu ni, ada dividen tu dah syukur walau duit dlm asb adalah rm 2000 jer hahahahaha
Bahan tuk masak nasi.
Nasi Sis masak guna Pressure Cooker Mugen, beli kat Wow Shop.
-3 pot beras biasa (sebaik jgn guna beras yg mahal)
-2 sudu margerin tuk tumis
-Rempah ratus dari peket Sup Tulang (amik kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang, bukan yg dlm punjut)
-1 labu bwg merah besar
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 pot sukat beras tadi, susu cair (Sis guna dutch lady)
-1 kiub stok ayam jenama Maggi
-garam secukup rasa
-1/4 sudu serbuk kunyit
-air 3 pot air (guna pot beras tadi)
Bahan Acar Timun
-1 biji timun jepun potong memanjang,
-2 biji cili api
-1 biji buah lemon
-1 labu bawang
-gula secukup rasa (kasi manis skit)
-garam secukup rasa
Bahan Ayam masak merah
-1/2 kilogram ayam (perap dgn serbuk kunyit & garam sebelum goreng)
-3 labu bawang merah (byk bwg lagi sedap, manis rasanya)
-2 ulas bawang putih
-lebih kurang segenggam cili kering
-sos cili dan sos tomato secukup rasa (Sis guna jenama Life)
-2 batang serai
-Garam dan gula secukup rasa (Biasa ayam masak merah dia manis manis)
-3 sudu besar air (tuk bagi masak merah ada nmpk efek kuah)
Selamat mencuba u all.
Selamat bekerja semua π©π»π»Monday, December 21, 2020
Jom hantar bateri ke one utama
Tadi, Sis teringin makan sushi. Maka, Sis ke Aeon gi beli sushi tuk lunch. Sambil ke One Utama, Sis pegi hantar old batteries, old handphones & old powerbank tuk recycle. Dptlah RM18 kredit ke dlm One Card π Sambil jual sambil kita pulihara alam sekitar ππ³ππ±#oneutama #recycle #1utama #greenninja
Friday, December 18, 2020
Petua elak cili bercendawan
Aritu Sis ada baca kat mana tah, tak ingat, ada petua ni utk elak cili blender dari cepat bercendawan.
Boleh juga cili kering tu u all rebus dulu baru blend. Memana cara pun boleh.
Yg bawah tu, cili yg dah frozen, pastu Sis biar dia cair kat fridge biasa tu.. Alhamdulillah tak cendawan.
Tuesday, December 8, 2020
Masak apa tu
Pagi ni Sis buat sosej kukus tuk breakfast.
Semalam lunch Sis buat sambal isi ketam, rendang ayam dah bayam brazil & kailan goreng.
Kailan & bayam brazil tu Sis tanam sendiri. Masa kunyah kailan, ber kruk krak bunyinya.. fresh betul π
Sis ada semai sawi lah, pak choy, tapi tak hidup. Kailan je yg menjadi n besar bagai johan hahahahaha
Agaknya kailan je yg serasi dgn Sis π
Selamat beristirehat u allzzz π
Saturday, December 5, 2020
Goreng nasi guna induction cooker
Sediakan 1 labu bwg merah kecik, 2 ulas bwg putih dan kailan
Tumis sampai naik bau