Friday, October 16, 2020

Mangga cicah kuah rojak

Assalamualaikum n hi semua,

Arini Sis makan mangga cicah kuah rojak jer.

Kadang bosan gak kalau asyik makan gorengan jer buat minum petang.

Mangga ni amik kat umah Mak Sis. 

U all tahu tak, ada petua untuk kurangkan rasa masam kat buah mangga. Terutama mangga yg kecik tu, orang panggil mangga telur, masam yaaa amattt.. Korang rendam dengan air garam jer. In shaa Allah mangga telur yang masam yaaa amat tu akan natural rasanya. U all cubalah. Sebab Sis dah cuba dan berjaya kurangkan rasa masam kat mangga telur tu. 

Masalah buah mangga ni, dia takleh sampai masak nnt dia membusuk 😊😄🥭

Tuesday, October 6, 2020

Iced Latte RM1.99

Assalamualaikum n hi semua,

Pagi ni Sis mulakan hari Sis dgn secawan kopi dari McDonalds Malaysia.

Ada promosi sempena Hari Kopi. Hanya rm1.99 secawan je u allzzz.

Terhad 500,000 cawan jer. Cepat cepat u all ke McD tuk mendapat harga promosi ni. ☕️

Monday, October 5, 2020

Best pegi kedai RM2.10


 Assalamualaikum n hi semua,


Wahhh skrg dah merata ada kedai rm2.10 ni kan.. Sis akui bahagian yg tak pernah Sis tak beli, bahagian tipuware ni.. 

Sis biasa guna tuk letak brg nak atur dlm petiais. Isi ayam tuk rencah masakan pun Sis letak dlm bekas yg kecik tu. Sbb senang.. Nak masak terus cairkan dlm air biasa. Takyah nak cairkan 1 ekor ayam terus.

Sis kalau dpt topuware ni sebagai hadiah atau dpt masa gi org kawin...Happy sangat sangat rasanya.. 😃

Murah u alllzzz.. RM20 dpt 1 plastik beso. Rasa cam org kaya gi shopping bile gi kedai RM2.10 ni hehhehehehe 

Monday, September 21, 2020

Petua elak semut

Assalamualaikum n hi semua,

Harini Sis nak share petua elak semut kerumun gula kat umah. Petua ni Mak Sis yg bagitahu. 

Letak bunga cengkih dlm balang yg isi gula. Alhamdulillah mujarab. Rumah Sis mmg byk semut. Byk semut datanglah cicak. 😌

Bawang putih tu Sis saja add-on. 😄

Selamat mencuba u all

Sunday, September 20, 2020

Masak asam tumis cara org elergik udang


Assalamualaikum n hi semua,

Sis ni mmg takleh makan udang. Pernah skali seluruh badan merah cam udang kena bakar sbb Sis makan peria goreng dgn udang geragau. Terus ke klinik dapat injection.

Bahan-bahan di tumbuk 

Setengah biji Bwg merah
3 ulas bwg putih 
1 inci  halia di tumbuk 
**nak tmbh ikan bilis pun boleh, sbb biasa org letak udang kering

Cara masak
1. Tumis bahan yg telah ditumbuk
2. Dah naik bau, masuk kan taucu jenama Bilal yg dlm peket kecik tu. 
Pastu masukkan cili Kering dah di blend dlm 3 sudu besar. Ikut kepedasan. 
Nak pedas tmbh cili padi. Lagi byk cili lagi pekat kuah.

**Nak kuah cantik elok guna cili kering dari cili masak.

3. Bila cili dah betul garing masuk kan air asam jawa (dlm 2 cubit asam jawa yg dah dicairkan dgn 2 cawan air)
4. Dah mendidih Masuk kan ikan. 
5. Biar ikan masak skit bru masukkan gula 1 sudu kfc, 3 sudu kfc maggi pasti sedap & 1 sudu kfc garam.

***Boleh tmbh 1 sudu kfc serbuk kunyit utk ada efek warna kuning skit. 
6. Boleh tambahkan bendi, carrot atau tomato

Resepi ini hanya sebagai rujukan. U all boleh tambah mana yg perlu dan di inginkan. 

Selamat mencuba 😁

Monday, September 14, 2020

Bunga mawar berduri

Assalamualaikum n hi semua,

Kejiranan Sis beli bunga mawar bi. Sis tgk cantik. Maka Sis nak simpan sini sebagai kenangan 😁 🌹

Sunday, September 13, 2020

Masak Air Barli guna Mugen

Assalamualaikum dan hi semua,

Pagi ni Sis masak barli guna pressurecooker jenama mugen.
Mak Sis beli kat cjwowshopmalaysia kat tv3 tu.. Padahal Mak tahu Sis ada Noxxa dah 🙃

Mak beli je pressurecooker ni, tapi tak pernah guna 😏😩😆 Simptom Mak mak kan... cepat terpengaruh dgn iklan kat TV 😄🤣😆


Guna periuk stainless steel

Amik barli yg dah dicuci dan ditapis

Letak barli bersama-sama air ikut paras yg anda nak

Tutup pressurecooker

Tekan ke porridge

Barli ni elok tuk sejukkan badan, elakkan jerawat kat blkg bdn dan boleh rawat kencing kotor.

Cubalah sebulan sekali minum barli. Nak sedap lagi letak limau kasturi skit dlm air barli. 

Selamat mencuba u allzzz.