Friday, November 13, 2020
Minyak kuar dgn Airfryer
Mak Sis skrg kalau ada je kerepek yg lemau, mesti Mak suruh Sis AF kan kepek yg lemau tu.
Sis biasa guna cake barrel khas tuk AF yg Sis beli kat shopee.
U allzzz tahu memula barrel tu tak berminyak, tapi lepas Sis rangupkan semula kepek pisang ni, berminyak pulak barrel tu.
Suhu : 100-120
Masa : 5-10 minit
Nnt u all cubalah rangupkan semula kepek yg dah lemau tu. Dari asyik masuk tong sampah, sekurangnya boleh gak makan bebila rasa nak mengunyah.
Semoga bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba u allzzz 😁😁😁
Breakfast lempeng nasi
Thursday, November 12, 2020
Lemang guna Mugen
Lemang Pressure cooker Mugen
Bahan bahan
• 5 batang aluminium lontong
• 500gm beras pulut
• Daun pisang
• 200ml santan kotak, air 200ml, 1 sudu kfc gula dan 1 sudu kfc garam & 1 sudu minyak masak.
Cara-caranya :
• Bersihkan aluminium, keringkan
• Rendam 1 jam beras pulut dgn air biasa & toskan
• Rendam 1 jam beras pulut dgn santan, garam, gula & minyak masak
• Masukkan daun pisang
• Masukkan 3/4 pulut
• Masukkan lebihan santan & 200ml air kedalam periuk
• Susun aluminium yg dah diisi pulut tadi ke dalam innerpot
• Set rice (noxxa 30 minit, mugen 12 minit)
• Release wap dan biarkan dlm periuk dlm 30 minit & keluarkan lemang
• Sedia untuk di makan ...
*Lemang yg tenggelam dlm santan lagi lemak dari yg tak kena santan.
Nnt u all cubalah yeh. Sis rasa guna airfryer lagi senang n lemak 😁
Ini hanya sebagai garis panduan. Nnt u all cuba sampai seperti lemang yg u all suka yeh. Selamat Mencuba 🥰😍
Lunch for today
Harini Sis masak sambal sotong, ikan goreng dan masak lemak sayur campur.
Sayur campur tu Sis nak abiskan sayur sikit sikit dlm fridge. Dari dibuang baik lah kita masak sayur campur.
Selamat menjamu selera u alllzzz 😁😁😁
Thursday, November 5, 2020
Ayam goreng mcd berhantu
Tadi Sis terdengar iklan ayam goreng McDonalds kat Tv.
Lepas tgk n dengar iklan tu, Sis macam rasa pukau. Hahahahahahaha
Korang tahu tak, pas dengar jer iklan tu, Sis terus ke nearest McD n beli 2 pieces chicken yang spicy.
Ya Allah korang kalau yg tengah diet atau cuba kurangkan berat badan, janganlah tengok iklan ayam goreng McD ni. Berhantu weyyyy
Sis tadi beli guna apps RM14.99 jer dapat air, fries, 2 pcs chicken dan sundae.
Ayam goreng spicy McD ni sedap makan panas panas. Tak pedas sangat. Range pedas dia, orang macam Sis yg tak makan pedas, boleh makan n takdelah menangis lepas makan. 😄
Selamat menjamu selera u allzzz 😁