Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
 
Hari ni Su ada masa skit, koz hujung minggu yang panjang kan. Sempena Hari Malaysia harini, maka esok pun cuti.
 
 
 
Harini baru Su terhegeh hegeh nak update blog pasal Hari Raya puasa haritu. hehheheh
Tahun ni raya taklah meriah sangat seperti tahun lepas. Yelah tahun ni arwah abah takde nak beraya dengan kitaorang. Abah pegi meninggalkan kami, menemu pencipta-Nya pada 27hb April 2012. Sedih memang sedih, sampai Su dah takleh nak nangis dah.
 
Oklah, kita berbalik pada cerita Raya Su yg baru habis nie. Raya kedua, Su pegi raya umah Abang Su kat Bukit Beruntung. Best dah keadaan Bukit Beruntung. Ada pasaraya Tesco, klinik 1 Malaysia dan kedai 1 Malaysia.
 
 Ni gambar Su, Abg Pudin, Angah Nani dan adik Laila.
Masa ni Along Sopiah Su jer yg takde, koz dia pegi balik kampung rumah husband dia.
 
 
Ni gambar syafiq dgn anak Angah nani, Aisyah dan anak Abg Pudin, Mohd Syazrin. 
Biasalah bila Raya jer lah ada masa nak pegi ziarah menziarahi rumah adik beradik dan sedara mara.
:D
:D
:D


Friday, March 9, 2012

Assalamualaikum semua


Assalamualaikum semua. Hari ini genap Su berumur 36 tahun.. hehheheh Macam tak percaya dah pernah lalui zaman minum susu dengan botol, gigi rongak masa kecik, bercinta cintun, berchatting, bertunang, berkahwin, mengandung, beranak, jaga anak sampai besar, dan sekarang dah 36 tahun....

Fuhhhhhh seram gak melalui umo 36 tahun nie. Yelah, lagi 4 tahun jer nak dekat 40 tahun. Orang tua-tua cakap, kalau umur 40 tahun tapi tak berubah berubah maka, perangai gitulah sampai kita meninggal. Huh, seram dengar pepatah orang-tua-tua nie.

Tapi ok jeer.. Hanya Su tiap hari doa semoga Su dipanjang umo, semoga Su diberikan kesihatan, semoga Su dapat jaga anak Su yang tunggal nie... hehhehhehe

Oklah... Nanti kalau Su free lagi, Su berceloteh lagi yeh.
:D
:D
:D