Wednesday, October 21, 2020

Lunch simple Tapi menyelerakan

Assalamualaikum n hi semua, 

Sis tetiba rasa nak buat masak lemak putih kobis. Walaupun Sis takleh makan kobis sgt sbb nnt berangin satu badan. 

Senang jer buat masak lemak ni.

Masukkan air dlm setengah cawan bersama ikan bilis, bwg putih & bwg merah sebagai rencah.

Bila dah mendidih masukkan santan kotak, kobis, bendi & carrot.

Bila dah layu kobis tu perasaan dengan garam & Manggi Cukup Rasa.

Senang n mudah buatnya. Takyah nak kacau kacau. 


Lepas tu Sis teringin nak makan ikan goreng garing... perggghhh sampai Sis makan 2 ekor sorang. Letak serbuk kunyit & garam biasa jer. Makan panas panas.. Marveles 😁


Dah lama sangat Sis tak buat sambal. Maka smlm Sis buat sambal bawang jer nak kawan kan dgn masak lemak & ikan goreng. Bertambah Sis makan. Anak Sis pun bertambah.


Cubalah u all, mudah & sedap 😁

Tuesday, October 20, 2020

Sotong ball guna airfryer

Assalamualaikum n hi semua,

Pagi ni Sis buat nasi goreng sotong. Ada lebihan sotong goreng kunyit semalam, maka Sis buat ns goreng je pagi ni.

Anak Sis kalau breakfast dia suka yg berat dari roti atau telur separuh masak. Sebab dia cakap nanti kul 11am dah lapar 😄

Pastu Sis goreng sotong ball guna airfryer jenama khind. Suhu 180 dalam 10 minit. Rangup luar n dalam sotong ball ni.

Setakat ini dulu perkongsian Sis yeh 👋🏼

Cawan plastik sebagai pasu

Assalamualaikum n hi semua,

Sejak menjak Pkp (perintah kawalan pergerakan) ni ramai rakyat Malaysia yg telah beralih minat menanam pokok dan bunga.

Sis pun antara mereka yg kini aktif bercucuk tanam di atas kayangan 😁😆

Rumah merpati manalah ada tanah nak tanam. Maka Sis pun gunalah plastik air yg Sis dpt dari belian delivery GrabFood.

Nak beli pasu kang risau Sis ni hangat-hangat taik ayam jer bercucuk tanam ni. Maka Sis cuba mula dgn barang terbuang.

Best juga guna plastik bekas minuman ni sbb ia lutsinar. Maka Sis blh nmpk kalau pokok atau tanah ni kering. Sis mmg byk ode McDonald dan Secret Recipe melalui GrabFood. Sbb Grab slalu buat promosi. Maka, sambil membeli kita dapat berjimat.

Kalau u all rasa macam ada niat nak cuba bercucuk tanam. Mulakan dgn barang terbuang dulu seperti plastik bekas minuman, kotak susu, bekas cat, bekas shampoo, bekas cuci pinggan Glo, bekas sabun cuci baju atau bekas gel mandian.

Sebab kang u all dah beli macam macam tapi tetiba pokok mati, atau tetiba rasa cam bercucuk tanam ni nyusah... kan dah sayang ooo.. Terbiar jer projek bercucuk tanam u all..

Mula dgn brg yg ada di rumah dulu yeh. Jgn bazir dgn beli baru semua peralatan untuk bercucuk tanam.

Ok dulu celoteh Sis yeh. Jumpa dilain entri 😁😁😁

Monday, October 19, 2020

Ayam bakar Guna AF

Assalamualaikum n hi semua,

Harini lunch Sis buat ayam bakar guna airfryer jenama Khind.

Bahan-bahan

2 keping Ayam peha 
Sos bbq
Sos lada hitam
Serbuk lada hitam


Cara masak

1. Satukan semua bahan n perapkan minimum 15 minit
2. Masak dlm airfryer suhu 180. 10 minit setiap belah ayam

Selamat mencuba u all 😁





Friday, October 16, 2020

Mangga cicah kuah rojak

Assalamualaikum n hi semua,

Arini Sis makan mangga cicah kuah rojak jer.

Kadang bosan gak kalau asyik makan gorengan jer buat minum petang.

Mangga ni amik kat umah Mak Sis. 

U all tahu tak, ada petua untuk kurangkan rasa masam kat buah mangga. Terutama mangga yg kecik tu, orang panggil mangga telur, masam yaaa amattt.. Korang rendam dengan air garam jer. In shaa Allah mangga telur yang masam yaaa amat tu akan natural rasanya. U all cubalah. Sebab Sis dah cuba dan berjaya kurangkan rasa masam kat mangga telur tu. 

Masalah buah mangga ni, dia takleh sampai masak nnt dia membusuk 😊😄🥭

Tuesday, October 6, 2020

Iced Latte RM1.99

Assalamualaikum n hi semua,

Pagi ni Sis mulakan hari Sis dgn secawan kopi dari McDonalds Malaysia.

Ada promosi sempena Hari Kopi. Hanya rm1.99 secawan je u allzzz.

Terhad 500,000 cawan jer. Cepat cepat u all ke McD tuk mendapat harga promosi ni. ☕️

Monday, October 5, 2020

Best pegi kedai RM2.10


 Assalamualaikum n hi semua,


Wahhh skrg dah merata ada kedai rm2.10 ni kan.. Sis akui bahagian yg tak pernah Sis tak beli, bahagian tipuware ni.. 

Sis biasa guna tuk letak brg nak atur dlm petiais. Isi ayam tuk rencah masakan pun Sis letak dlm bekas yg kecik tu. Sbb senang.. Nak masak terus cairkan dlm air biasa. Takyah nak cairkan 1 ekor ayam terus.

Sis kalau dpt topuware ni sebagai hadiah atau dpt masa gi org kawin...Happy sangat sangat rasanya.. 😃

Murah u alllzzz.. RM20 dpt 1 plastik beso. Rasa cam org kaya gi shopping bile gi kedai RM2.10 ni hehhehehehe