Sunday, February 23, 2020

Mesin jahit industri tuk jual

Mesin jahit lurus Jack
Harga beli dulu rm1500
Nak jual rm600
Sebab nak jual : byk guna mesin sulam dari menjahit
Tiada delivery. Ambil sendiri Di kota damansara
Boleh test sebelum beli. Kalau ok baru beli.
Whatsapp : http://wasap.my/60193973398

Tuesday, February 4, 2020

Telur dadar goreng dgn Airfryer

Alhamdulillah Mak Sis makan telur dadar Sis 'goreng' guna #airfryer sbb tak berminyak. Kat loyang jer Sis letak minyak dlm 1 sudu teh nak elak telur melekat 🍳👩🏼‍🍳🍽

Monday, January 27, 2020

Rotibakar dgn airfryer

Sis share utk pengguna #airfryer yg takde #toasteroven. Blh gunakan airfryer buat #rotibakar
1. Sapu margerin pd roti
2. Masuk kan dlm airfryer
3. Set suhu 140 & 4 minit
4. Tinggg dah siap roti bakar yg fluffy ... sedap klu mkn masa panas panas.
Ok u allzzz, Mak Sis suh garingkan balik peria goreng yg dah lemau. Guna airfryer jer 😁 👩🏼‍🍳

Wednesday, January 22, 2020

Homemade Pisang Cheese

Petang ni anak Sis @amersyfq_ buat Homemade pisang cheese
1. Pisang goreng (Sis yg goreng)
2. Letak cheese
3. Letak dlm #airfryer
4. Suhu 150 dlm 3 minit nak cairkan cheese
Selamat mencuba u allzzz
Easy peasy jer ☺️🍌 🧀

Thursday, January 9, 2020

Jom bayar cukai 1 tahun

Assalamualaikum n hi u alllzzz.

Tengah watper tu. Ni Sis nak kongsi Sis setiap tahun mmg byr Cukai taksiran MBPj 1 tahun sbb nak dpt hadiah percuma dari mbpj hehehehheheehe

Info ni Sis dpt dri kwn Mak Sis. Aunty Salmah tu setiap tahun byr cukai 1 tahun. Tapi kalau nak freegift ni kenalah byr kat kaunter jer.

Bil cukai Sis print kat mbpj jer sbb Sis belum dpt yg tahun 2020. Sis rasa dlm proses diposkan.

Kawan Sis ada share info Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dpt payung, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dpt payung, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dpt straw (penyedut minuman) besi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dpt beg recycle kalau byr cukai taksiran 1 tahun.

Masa nak byr tu INGAT tau, beritahu staff kat kaunter yang u allzzz nak byr 1 tahun. Sbb kalau u all byr 6 bulan dlm 1 transaksi, u allzzz tak dpt freegift nnt.

Pastu kalau nak hadiah percuma ni kena datang cepat sebelum akhir bulan Januari 2020, sebab Sis risau kalau u allzz datang buat pembayaran di kaunter lewat, nanti stok dah habis. Sis pernah kena, dtg jauh jauh kat kaunter MBPJ yg kat Petaling Jaya tu, masa tu dah bulan Februari rasanya, stok hadiah percuma dah habis ko... HAMPA

Jomlah u all, tahun 2020 byr cukai taksiran 1 tahun terus. Sbb mmg cukai ni tiap tahun kena byr pun. WAJIB bayar kecuali rumah kos rendah rasanya takyah bayar, kalau taknak rumah disita. Biasa kan kita byr 6 bulan 6 bulan.

Tahun ni Sis dpt beg, tuala n kalendar. Anak Sis mmg tahu Mama dia ni kalau bab Free ni, selagi tak dpt mmg takleh tido mlm hahahahahah
😆😁☺️😍

Siapalah yg tak suka hadiah percuma. Betul tak

Friday, December 20, 2019

Lepasan SPM 2019


Assalamualaikum n hi semua.

Harini Sis nak info ttg UPU online. Alaaaa skrg kan kalau nak mohon Universiti kena melalui UPU. Dia dah centralise tuk semua pemohon nak further study yg lepasan SPM.

Zaman Sis dulu tahun 1993 & 1998 guna borang hantar melalui pos biasa yeh atau terus masukkan dalam tong pos derang.. Bila dengar mesti u all cakap, Zaman biler lah Sis ni gi studi ni... Hahhahahhahahha (Nanti google yeh ;) Zaman orang suka main skateboard n dengar lagu alternative)

Zaman Internet pun Dial Up. Nak Print assignment kat UiTm tu kena beratur tunggu giliran sebab ramai yg tak mampu nak beli... Student hanya perlu beli carbon printer n bawa A4 paper sendiri... Sbb printer n PC mahal giler nak beli. Rasa masa tu PC paling murah RM 3,000 hokay.

Tarikh akhir daftar 31hb Dec 2019 tau. <---- Ni UPU tuk tahun 2020/2021 yeh

Kat sini ada gak info tentang laluan kerjaya untuk kursus yg anak kita mungkin minat atau akan minat mohon. 

Sis ada tgk bidang yg UPSI tawarkan. Sis nak tambah ilmu sbb nnt nak berhujah dgn anak Sis yg taknk masuk UPSI sbb tknk jadi Cikgu. 

Tapi bila Sis pilih UPSI tuk laluan kerjaya bagi Program DIPLOMA SAINS KOMPUTER (KOMPUTERAN INTERNET) pas tamat bljr boleh jadi Juruteknik, Pereka Grafik, Webmaster, Pen Pengurus Rangkaian, Pen. Peg. IT. 

Kalau DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL pas tamat bljr boleh jadi Penolong Pegawai (Sains, Penjamin Kualiti, Keselamatan), Pembantu Makmal, Penolong Pegawai Tadbir.

Kalau DIPLOMA SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN pas tamat bljr boleh jadi Penolong Pegawai Sukan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Trainer/Jurulatih.

Kalau DIPLOMA REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PERMAINAN pas tamat bljr boleh jadi Pereka Pembangunan Permainan, Penolong Pegawai IT, Pereka Animasi, Juru Aturcara Permainan.

Di sini Sis nak inform, kalau masuk UPSI tak semestinya kuar jadi Cikgu jer. Masuk UPSI boleh gak nanti keje dalam bidang korporat atau maksud lain boleh gak keje pejabat 9-5 tu duk dalam airkon jer. ;)

Suruh je anak daftar dulu walau anak tak pasti nk further study atau idak. Sebab nnt jadi mcm Sis aritu tak daftar n mohon utk kemasukan ke SBP n MRSM. 

Sbb bila time nak mohon sbb mcm chances nak dpt asrama masa tu tipis, baru tergedik gedik bukak webssite nak mohon MRSM n SBP.

Mmg its too late already lah... Sbb tarikh tutup daftar n mohon dah tamat.

Maka, disini, Sis harap all parents atau bakal pemimpin masa depan (Sis mmg suka panggil students skrg pemimpin masa depan) mulakan langkah pertama dgn mendaftar UPU online ni yeh. Jangan nyesal di kemudian ari nnt. :)

Link Sis sertakan di bawah yeh.
 #SisSuriaBagiInfo
#upuonline #upuonline2019 #spm2019

Monday, June 11, 2018

Ikan Bawal Mas masak kicap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Punyalah lama Kak Ti tak bersiaran menulis Blog yeh. Bukan apa banyak nau benda nak settle kan. Alhamdulillah sekarang Kak Ti dah free... ( Mak Oi, bertahun baru free ke Kak Ti... hahhahahahha alasan kan... )

Ni, Kak Ti terkesan dengan kes ada kedai mamak yg femes kat Bangsar tu staff dia cuci pinggan guna air lopak... Maka, Kak Ti rasa nak share resepi tuk masak 1 org.. Supaya u all ada dah kekuatan nak masak sendiri.. dan kurangkan makan kat luar yang belum tentu kebersihannya...

Mari kita Mula..


1. Sepotong Ikan Bawal Mas (ni jual kat NSK se ekor RM 6.50, Kak Ti suh bangla tu potong 3 sbb besar gak ikan ni)


2. 1 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan dlm 1 inci halia


3. Hiris bahan - bahan nak tumis.


4. Nanti kita akan guna dalam 2 sudu jer serbuk kari ikan.


5. Nanti kita guna dalam 2 sudu besar cili giling 


Nak Start masak dah yeh


1. Panaskan dalam 2 sudu minyak masak.. takyah banyak banyak. Kurangkan minyak dalam masakan 😊


2.Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yg dah kita hiris tadi.

3. Tumiskan cili giling dalam 2 sudu jer. Tumiskan separuh separuh camni. jimat masa.. :)

Kalau nak lebih pedas, masukkan cili giling lebih yeh. Kak Ti tak taham pedas. Tu yg letak takat 2 sudu besar jer. 

4. Bila dah naik bau tumisan, kita masuk kan ikan.

Gorengkan ikan ni dalam 2 minit. asalkan nmpk dia dah tak lembik.

5. Masukkan air dalam sepenuh cawan Ikea ni. Kalau nak lebih kuah, letak lebih air. Ni sukatan Kak Ti tuk masak 1 orang. 😊


6. Masuk kan 2 sudu besar serbuk kari ADABI. rasa serbuk kari Adabi skrg ni sedap... tak cam dulu rasa cam ada kurang bahan. 

7. Masukkan 6 sudu besar kicap Manis yeh. Jangan masukkan kicap masin, kang masin gilos Masak kicap u all kang...

8. Masukkan dalam 3 sudu besar Mix Vege dari jenama Kawan. Kak Ti suka carrot lebih.. tu yg u all nampak carrot cam lebih je tu.. elok tuk mata kan Carrot nie...

9. Masukkan 1 labu tomato yg telah dibelah 4. ni saja nak bagi masam sikit Masak Kicap kita nnt.

10. Masukkan serbuk black pepper jena Aji-Shio.. Kak Ti kira 2 bulatan taburkan sebuk black pepper ni. Anggaran sukatan dalam 1 sudu kecik.

11. Perasa kan 1 sudu KFC Maggi Cukup Rasa.

12. Perasa kan 1 sudu KFC garam bukit. Kak Ti guna garam bukit jenama HalaGel.

Biarkan dia sebati.
Gaul Gaul dgn sudip. Biar dia mendidih dalam 5 minit.

Dah Siap dah. Dah boleh Makan dah. Kak Ti suka lauk ni sebab ada rasa kari, cili dan manis kicap. Lauk ni sesuai tuk orang yang takde selera nak makan. Lebih kurang lauk ni boleh buat pembuka selera orang nak makan. Lagi satu lauk ni lengkap dgn sayur dan protin. 😊

SELAMAT MENCUBA U ALL..
😋😋😋