Friday, October 30, 2020
Tgk YouTube jer
Tak dpt travel takper. Kita tgk YouTube semua cerita tentang jenjalan.. abis semua 10 episod #kekoreakekita 13 episod #keindonesiakekita 13 episod #kejepunkekita Kalau ada next harap @enjoyzahir ada skali. Zahir takde, takde org nak buat lawak selain @wakdoyok Wak sgt menyerlah di Indonesia πππΌππΌ
Lempeng nasi + sambal sardin
Semalam Sis rasa taknak dinner nasi. Maka Sis buat lempeng nasi cicah sambal sardin.
Ayam bakar teriyaki dgn kentang bakar buat anak.
Lempeng nasi tu sedap buat nipis n garing.. buat kudapan pun sedap π
Thursday, October 29, 2020
Roti lasagna
Monday, October 26, 2020
Lunch arini spaghetti
Harini lunch Sis buat spaghetti guna jenama Kimball. Ni jiran Sis yg rekemen sbb dia ckp jenama Kimball lagi sedap. Mi dia Sis suka guna angel hair sbb nipis, sedap skit bila makan π
Kuah spaghetti Sis guna bawang merah , bawang putih, halia tuk tumisan.
Sebelum masak bahan tumis n kuah spaghetti Sis goreng daging hancur guna jenama Ramly dan meatballs jenama Ramly.
Meatballs ni Sis beli kat Kuala Selangor sbb jarang nampak jat sekitar rumah Sis.
Selamat menjamu selera u allzz π
Masak telur guna airfryer
Sekarang kan Sis kalau nak cepat siapkan breakfast, Sis buat telur separuh masak jer guna airfryer.
Biasa Sis buat Suhu 150, dalam 8 minit sbb anak Sis n Mak Sis suka yg keras skit. Diaorang tak suka yg cair berair tu.
Sis suka yg berair. Tu Sis punya Sis buat Suhu 150, dalam 4 hingga 5 minit π
Selamat menjamu selera u allzzz π
Sunday, October 25, 2020
Lauk org kawen π
Harini hari ahad. Hari byk masa nak masak memacam.
Sis teringin makan lauk org kawen. Hehehehehe
Nak tgu org ajak kenduri kawen, time pkp ni kan takleh reramai jemput.
Maka Sis masaklah lauk ayam masak merah (kan org panggil lauk org kawin hahahaha) , sayur bayam brazil campur bendi (bendi elok tuk kurangkan sakit lutut) dan nasi berperisa sbb Sis letak 1 kiub ayam + 1 labu bwg merah + 1 ulas bwg putih + serai + daun pandan.
Selamat ber hujung minggu u alllzzz
Friday, October 23, 2020
Best mengukus dgn piuk comel
Aritu Sis pegi umah Mak Sis. Dia tunjuk periuk yg dia baru beli dgn kawan dia. Siap ajar Sis camne guna lagik.
Tunjuk kat Sis goreng bebola sotong dgn tempe.
Excited Mak Sis. Mak Sis beli rm35 warna merah.
Balik jumpa Mak terus Sis search kat Shopee n jumpa ada lagi murah sempena 10.10
Apalagi, terus Sis ode 2 piuk. Sebab Mak Sis kata nak extra tuk masak nasi. Sis ok jer sebab rege RM19.90 dgn 3 bulan warranty. Okay kan. Good bargain.
Sampai ke umah, terus Sis try masak air. Sejak aritu Sis kukus nasi guna piuk comel ni jer.
Sis kukus serimuka pun guna piuk ni.
Petang ni Sis kukus dim sum guna piuk comel ni. Sedap gak dim sum jenama UniiFood ni.
Kan PKP takleh gerak sgt dari 14 oktober hingga 27 oktober tuk daerah putrajaya, kuala lumpur & selangor. Maka beli jee yg frozen.
Tapi mmg mudahlah dgn piuk comel ni. Tetiba Sis dah suka masak ππ
Thursday, October 22, 2020
Roti telur buat minum petang
Assalamualaikum n hi semua,
Petang ni tak tahu nak buat apa tuk minum petang. Pastu tgk instagram makanan. Sis dpt idea buat roti telur berinti cheese.
Lagipun mmg nak abiskan roti yg dah nak expired. Roti telur ni makan cicah sos cili mmg marveles. π
Pinggan pink Sis punya. Pinggan biru anak Sis punya. Biasa roti telur camni Sis buat tuk breakfast. Tapi minum petang pun ok gak π
Daun bawang ni Sis tanam sendiri jer. Sis mmg suka guna daun bawang dalam telur dadar. Sbb kurang suka guna bawang. Kejap jer tanam daun bawang ni, dalam 2 minggu dah kuar daunnya. π©πΌπΎ
Breakfast kuetiau goreng
Hujan lebat pagi ni. Makan kuetiau goreng panas panas sedapkan π
Siap utk dimakan. Baru lengkap kuetiau goreng
Wednesday, October 21, 2020
Lunch simple Tapi menyelerakan
Sis tetiba rasa nak buat masak lemak putih kobis. Walaupun Sis takleh makan kobis sgt sbb nnt berangin satu badan.
Senang jer buat masak lemak ni.
Masukkan air dlm setengah cawan bersama ikan bilis, bwg putih & bwg merah sebagai rencah.
Bila dah mendidih masukkan santan kotak, kobis, bendi & carrot.
Bila dah layu kobis tu perasaan dengan garam & Manggi Cukup Rasa.
Senang n mudah buatnya. Takyah nak kacau kacau.
Lepas tu Sis teringin nak makan ikan goreng garing... perggghhh sampai Sis makan 2 ekor sorang. Letak serbuk kunyit & garam biasa jer. Makan panas panas.. Marveles
Dah lama sangat Sis tak buat sambal. Maka smlm Sis buat sambal bawang jer nak kawan kan dgn masak lemak & ikan goreng. Bertambah Sis makan. Anak Sis pun bertambah.
Cubalah u all, mudah & sedap
Tuesday, October 20, 2020
Sotong ball guna airfryer
Pagi ni Sis buat nasi goreng sotong. Ada lebihan sotong goreng kunyit semalam, maka Sis buat ns goreng je pagi ni.
Anak Sis kalau breakfast dia suka yg berat dari roti atau telur separuh masak. Sebab dia cakap nanti kul 11am dah lapar π
Pastu Sis goreng sotong ball guna airfryer jenama khind. Suhu 180 dalam 10 minit. Rangup luar n dalam sotong ball ni.
Setakat ini dulu perkongsian Sis yeh ππΌ
Cawan plastik sebagai pasu
Sejak menjak Pkp (perintah kawalan pergerakan) ni ramai rakyat Malaysia yg telah beralih minat menanam pokok dan bunga.
Sis pun antara mereka yg kini aktif bercucuk tanam di atas kayangan ππ
Rumah merpati manalah ada tanah nak tanam. Maka Sis pun gunalah plastik air yg Sis dpt dari belian delivery GrabFood.
Nak beli pasu kang risau Sis ni hangat-hangat taik ayam jer bercucuk tanam ni. Maka Sis cuba mula dgn barang terbuang.
Best juga guna plastik bekas minuman ni sbb ia lutsinar. Maka Sis blh nmpk kalau pokok atau tanah ni kering. Sis mmg byk ode McDonald dan Secret Recipe melalui GrabFood. Sbb Grab slalu buat promosi. Maka, sambil membeli kita dapat berjimat.
Kalau u all rasa macam ada niat nak cuba bercucuk tanam. Mulakan dgn barang terbuang dulu seperti plastik bekas minuman, kotak susu, bekas cat, bekas shampoo, bekas cuci pinggan Glo, bekas sabun cuci baju atau bekas gel mandian.
Sebab kang u all dah beli macam macam tapi tetiba pokok mati, atau tetiba rasa cam bercucuk tanam ni nyusah... kan dah sayang ooo.. Terbiar jer projek bercucuk tanam u all..
Mula dgn brg yg ada di rumah dulu yeh. Jgn bazir dgn beli baru semua peralatan untuk bercucuk tanam.
Ok dulu celoteh Sis yeh. Jumpa dilain entri πππ